Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)
Tingkatan
6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir (fail-save choice)
oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke
Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di
Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang semakin
banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya
sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan
tingkatan enam. Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau
terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran
ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan
glamor”.
Mungkin, ada yang merasakan
program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun
tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan
didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran
atau tidak. Janganlah memberi alasan yang tidak masuk akal seperti
“Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”, “baju kurung sekolah aku
dah kena bakar” atau ‘Tingkatan 6 kena pergi sekolah”.
Hal
ini berlaku kerana golongan pelajar ini beranggapan pendidikan di
peringkat Tingkatan 6 lebih susah dari IPT, dan merupakan jalan yang
lambat berbanding menggunakan saluran Pra-Universiti untuk ke peringkat
Ijazah. Menurut perspektif masyarakat yang aku perhatikan, kebanyakan
golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina.
Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai
kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM untuk
menyambut pengajian di peringkat Ijazah bahkan mendapat prinsipal yang
cemerlang dalam STPM.
Jika dikaji
dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai
self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan
dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan
guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan
budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah
setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Apatah lagi setelah Tingkatan 6
diperkenalkan dengan sistem modular.
Kejutan
budaya yang macam mana aku maksudkan? Cuba lihat, di IPT, pendidikan
lebih berpusatkan pelajar untuk sesetengah program pengajian, dimana
pelajar perlu menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi dengan
menggunakan segala sumber yang ada. Cara ini berbeza semasa zaman
persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk
menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing
oleh guru.
Buat masa ini, sukar untuk
aku perhatikan apa kontra pengajian pada tahap tingkatan 6. Mungkinkah
kerana aku seorang pelajar IPT? Entahlah. Tapi, kalau tak silap aku,
ramai yang mengatakan, Tingkatan 6 kebanyakkan menghadapi masalah
bantuan pendidikan dari aspek tuisyen dari pihak luar. Yang ni pun aku
tak pasti samada betul atau tak sebab di bandar-bandar kebanyakkanya
telah menawarkan program tuisyen di peringkat STPM. Sebagai contoh PTK dan KEG.
Apapun, kena mendapat tahap kecemerlangan (prinsipal) yang cemerlanglah
dalam Tingkatan 6. Logiknya, kalau Tingkatan 6 ini untuk orang yang
gagal dan takde orang yang berjaya sekiranya memasuki Tingkatan 6,
mengapakah kerajaan hari ini masih buat Tingkatan 6?
Menurut
seorang guru yang berpengalaman, Tingkatan 6 menawarkan Sijil Akademik
yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala
universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program
atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap
pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya
anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi
atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma.
Jadi,
setelah lebih kurang 2 jam setengah aku menaip entri ini, berpandukan
sumber-sumber yang didapati dari Internet dan rakan-rakan yang sudi
membantu, kini terpulanglah kepada korang untuk menilaikan yang mana
terbaik untuk diri korang. Pilihan hari ini menentukan masa hadapan.
Dihadapan korang boleh dikatakan terdapatnya sekeping tiket yang belum
dicetak dan gunakan tiket tersebut untuk mencetak destinasi pilihan
korang. Dan ingatlah bahawa, setelah korang mencetak tiket tersebut
(memilih), korang kena pastikan yang korang telah buat keputusan yang
tepat dan rela tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dan tanpa memikirkan
faktor lain (kejar populariti dan glamor ataupun dipandang rendah
rakan-rakan).Penerangan sudah diberi, idea pun dah habis nak tulis.. jadi apa pilihan hati korang? Sekiranya korang nak kongsikan pendapat, sila komen dibawah dan jika korang merasakan entri ini berguna, sila klik Like pada ruangan dibawah.
SUMBER: http://www.omar.my/2011/03/ipt-diploma-pra-universiti-atau-tingkatan-6/

Nice blog.
ReplyDeleteThank for the credit attribution.
ur welcome.... =)
ReplyDeleteentry yg menarik patut d kongsi....