skip to main |
skip to sidebar
BUNUH DIRI AKIBAT PUTUS CINTA
Gantung diri putus cinta-myMetro
>>>itulah sebabnya Islam mengharamkan cinta dan
couple...kerana ia boleh membinasakan diri, boleh membawa mudarat kepada
diri, dan boleh merosakkan hati serta iman dalam diri...bila sudah jadi
begini...apapun tak dapat melainkan kemurkaan daripada Allah
s.w.t...yang dah terjebak dgn cinta halalkan segera perhubungan anda
segera supaya diri tidak dibelenggu dengan ...maksiat...takziah kepada keluarga mangsa gadis pelajar tingkatan dua...Al-fatihah
KULAI JAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang
dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka
menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang
berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur
kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat
dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian,
pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan
memutuskan perhubungan cinta mereka.
“Kurang dua jam kemudian,
remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang
berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya
dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah
meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan
apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian
kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,”
katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan
bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya
disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak
bersahut.
Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang
kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik
terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan
perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai
tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa
mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya,
kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun
dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor
Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah
mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri
Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai
hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut
kesesuaian,” katanya.
ha ni la yg aku x minat.....bkn nk aibkan si mati or nk slhkan si lelaki tu.,..tp adek2..fikir la sebelum buat sesuatu....byk lg yg kte boleh teroka kt dunia ni selagi d beri peluang...
awat la ang pilih jln SHORT CUT ha???
da cukup da pahala ang kumpul ang p bunh dri tu???
ada akai ka dak??? sbb jntan ang wt lgu tu mmg x leh nk trima la...
ang bru umoq 14 ang da sia2kan hidup ang...
kpd yg kt lua tu,....
sesayang mne pon korang kt lover korang tu...jgn la smpi bertindak BODOH...
lau korang putus ke ape kew...anggap je itu sebagai ketentuan allah s.w.t utk korang....maybe itu bkn jodoh korang....
setiap makhluk yg dicipta oleh allah adalah berpasang-pasangan...so jgn la risau kalau korang putus dgn lover korang yg belum tntu jd jodoh korang....
couple bagai nk rak....bertahun-tahun...dr sklh....p korang sure kew yg tu bkl jd laki 0r bni korang???
x slh berkawan..tp x pyh la lebey2....
nnt korang jgk yg merana bile si diaa akhirnye bkn milik korang....
sape setuju dgn aku???
sila tinggalkan komen yew
No comments:
Post a Comment