Total Pageviews

About Me

pengalaman mendewasakan aku....thank life

Sunday, October 14, 2018

KINI AKU KEMBALI....KEMBALI BERSAMA SEMANGAT YANG BARU

Kini aku kembali...

setelah hampir 3 tahun aku menghilangkan diri,kini aku ingin menulis kembali, mencatat setiap apa yang aku fikirkan dan setiap kata2 yang bermain difikiran ini.

kali ini aku menaip di mcd putrajaya presint 2, ya allah semuanya kini telah lain, jauh beza diriku yang dulu dan kini. menatap air tasik yang tenang, pemandangan waktu senja yang mendamaikan, ahli keluarga dan sahabat andai yang beriadah di taman ini. lama aku tidak merasakan semua ini. Ternyata tangan ini juga telah kaku, tidak lagi pantas seperti dulu, ketika zaman aku masih aktif berblog.

kini aku kembali untuk mencoret kembali kisah aku. ya kini aku sendiri, tiada sesiapa disisi. ya...tiada lagi insan bernama DIA di sisi aku. 3 tahun aku menghilang, fokus pada hubungan yang tiada penghujungnya sehingga aku buang segala minat dan hobi aku dulu. Bodohnya aku.Tapi itulah yang dikatakan dengan CINTA ITU BUTA. Cukuplah 5 tahun  aku bersabar kini aku bebas, bebas dari perasaan sakit hati, kecewa , dan terluka. Hidup sendiri itu lebih indah rupanya, jika aku tahu yang hidup tanpa pasangan itu lebih bahagia dari masa berpasangan, sudah tentu dari 5 tahun lepas lagi aku takkan mulakan hubungan yang menyakitkan ini.

Tanggal 16 JUN 2018. tamatlah hubungan kami. tamat untuk selama-lamanya. Syawal ketiga... berakhirlah hubungan aku dan dia. Hubungan 5 tahun yang aku pertahankan selama ini seperti tiada nilai bagi dirinya. Hubungan yang aku perjuang selama ini dikhianati dengan hadirnya insan ketiga. seperti kisah JANGAN BENCI CINTAKU, begitulah apa yang aku lalui malah lebih sakt dan perit. kesakitan dan keperitan ini hanya aku yang lalui dan rasai. Ingin digambarkan pun begitu sukar, Cukup andai aku mampu berkata yang dirinya berubah 100 % dari dirinya yang dulu. hubungan 5 tahun ini hanya semata-mata atas dasar dendam. Tiada langsung niatnya untuk menjadikan aku permaisuri dihati. Siapa aku baginya selama ini.tiada sesiapa.Hanya seorang wanita yang mampu memberi kekayaan dan kesenangan untuk dirinya, peneman dikala bosan, peneman sewaktu susah.

Benarlah kata orang, KESETIAAN PEREMPUAN DIUJI KETIKA LELAKI TIDAK MEMILIKI APA2, TETAPI KESETIAAN LELAKI DIUJI KETIKA DIA MEMILIKI SEGALA-GALANYA. Dan itu yang berlaku dalam hidup aku. Aku ditinggalkan ketika dia ada yang lain. ketika dia sudah mempunyai kerja dan mengenal hidup di kota raya. Dia tidak lagi memerlukan aku disisinya yang dulu sanggup berhujan panas, mengikat perut menahan lapar, bekerja siang malam untuk membantu dirinya. Dan akhirnya aku DIBUANG, tanpa belas dan ihsan. 2 tahun aku digantung tidak bertali. bermain dengan perasaan sendiri Mengalami kemurungan dan hampir bunuh diri kerana tekanan dengan layanan dirinya. ALLAH BODOHNYA AKU. Tapi itu semua kisah lalu yang aku ingin simpan dan tanam dalam memori yang paling dalam. Biarlah segala kekejaman dan kesakitan itu aku simpan selamanya dan dijadikan sebagai pengajaran dalam hidupku.

Kini selepas 4 bulan, aku menghirup udara segar, mampu tersenyum dan terbang bebas. Kini hari ku dipenuhi dengan kerja. Alhamdulillah akhirnya aku ada pekerjaan juga. Mampu hidup berdikari tanpa diri dia lagi. 


No comments:

Post a Comment